USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013
Showing posts with label post by nurul asyikin 1k3. Show all posts
Showing posts with label post by nurul asyikin 1k3. Show all posts

Sunday, 25 September 2011

PENCAPAIAN WIRA-WIRA NEGARA

     Pencapaian Malaysia di peringkat antarabangsa terus meningkat dengan semangat Malaysia Boleh.Anak-anak tempatan kini berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa maju yang lain.

     Pada 23 Mei 1997,buat julung-julung kalinya Jalur Gemilang berkibar di puncak Gunung Everest apabila M.Magendran dan N.Mohandas berjaya sampai di puncaknya.Sejak kejayaan wira-wira negara ini,banyak kejayaan lain yang dicapai.Antaranya,Datuk Azhar Mansor belayar mengelilingi dunia secara solo dan Datuk Malik Mydin menjadi rakyat Malaysia yang pertama merentasi Selat Inggeris.Kejayaan Datuk Nicol Ann David menjadi juara dunia bagi sukan skuasy terus membakar semangat Malaysia Boleh.Terbaru,Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapa pula melakar sejarah apabila menjadi angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas.

     Jelaslah bahawa banyak kejayaan ynag dicapai jika bangsa Malaysia bersemangat kental,selaras dengan misi Malaysia Boleh.

    Pada pendapat saya,misi Malaysia Boleh boleh  dicapai jika semua rakyat bersatu padu dalam membangunkan negara.Karangan ini saya dapati daripada buku"KARANGAN MANTAP".

MENGURANGKAN BEBANAN KOS HIDUP

      Kenaikan harga barangan berlaku di seluruh dunia akibat kenaikan harga petroleum dan komoditi utama.Pelbagai langkah dapat diambil untuk mengurangkan bebanan kos hidup akibat kenaikan ini.

      Antara langkahnya adalah dengan membeli barangan secara pukal.Hal ini dapat mengurangkan kos sampingan seperti kos pengangkutan dan kos masa.Membuat perbandingan harga juga merupakan langkah yang bijak kerana memberikan nilai lebih bagi wang yang dibelanjakan.Membeli barangan basah di pasar tani contohnya lebih menjimatkan daripada berbelanja di pasar raya.Bebanan kos hidup juga dapat dikurangkan jiak pengguna mengawal penggunaan kad kredit.Penggunaan kad kredit dikatakan punca boros berbelanja.Melakukan kerja sampingan juga dapat mengurangkan bebanan kos hidup.Suri rumah contohnya boleh mengambil upah menjahit pakaian dan sebagainya untuk menambahkan pendapatn.

     Kesimpulannya,jadilah pengguna yang bijak untuk mengurangkan bebanan kos hidup.

      Pada pendapat saya,pengguna boleh menggunakan masa yang terluang dengan mengambil upah membuat kraf tangan seperti bakul,tudung saji,dan sebagainya. Dengan cara ini,pengguna boleh mengurangkan bebanan terhadap keluarga dan diri.Karangan ini saya dapati daripada buku"KARANGAN MANTAP".

PENJIMATAN ELEKTRIK

      Penjimatan elektrik merupakan antara langkah untuk memelihara bumi.Terdapat pelbagai cara untuk menjimatkan penggunaan elektrik.
      Antaranya adalah dengan memadamkan suis lampu dan peralatan elektrik apabial tidak diguanakan.Selain mejimatkan tenaga,kita juga memanjangkan jangka hayat peralatan tersebut.Kita juga boleh mengurangkan kuasa elektrik yang digunakan.Mengubah suhu penyaman udara daripada 20 degree celsius kepada 24 degree celsius dapat menjimatkan 33 peratus penggunaan tenaga elektrik.Bagi pengguna yang berkemampuan,kita boleh menggantikan model-model lama perkakasan elektrik dengan model baharu yang menjimatkan elektrik.Peti sejuk model terkini contohnya dapat menjimatkan 15 peratus penggunaan tenaga elektrik berbanding dengan model yang dikeluarkan pada 2001.

     Penjimatan elektrik bukan sahaja menjimatkan penggunaan sumber asli dan meringankan bebanan kos hidup,malahan menjadikan kita lebih mesra alam.


     Pada pendapat saya,cara untuk menjimatkan elektrik ialah apabila tidak menggunakan kipas,kita harus menutup ia supaya bil elektrik tidak akan naik mendadak.Karangan ini saya dapati daripada buku "KARANGAN MANTAP".

KATEGORI VANDALISME

Vandalisme merujuk perlakuan merosakkan harta awam secara sengaja.Perbuatan ini sering dilakukan oleh golongan remaja yang bermasalah.

Vandalisme terbahagi kepada tiga kategori.Kategori pertama ialah vandelisme perlakuan mencari keuntungan .Dalam kategori ini vandelisme dilakukan dengan tujuan mendapatkan hasil,contohnya dengan mencuri wang dari peti telefon awam.Kategori kedua ialah vandalisme dendam yang melibatkan perbuatan seperti merosakkan pondok telefon.Hal ini dilakukan untuk meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sesuatu.Kategori ketiga ialah vandalisme grafiti yang melibatkan perbuatan menconteng tembok,papan tanda jalan,dan sebagainya.Dalam kategori ini,pelaku meluahan rasa bebas dan mendapat kepuasan diri daripada perbuatan mereka.

Vandalisme merupakan perbuatan antisosial yang menimbulkan kesulitan kepada masyarakat.Untuk menangani gejala ini,pelaku wajar dikenakan hukuman yang berat.

Pada pendapat saya,kegiatan vandalisme dalam negara ini semakin menjadi-jadi.Cara untuk menangani masalah ini ialah ibu bapa sepatutnya mengawasi setiap perlakuan anak-anak mereka supaya tidak terjebak dalam masalah ini.Karangan ini saya dapati dariapada buku "KARANGAN MANTAP".

Saturday, 24 September 2011

MENGAWAL KENAIKAN HARGA BARANG

Peningkatan harga barangan mampu dikawal.Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengawal harga barangan,terutmanya barangan keperluan.

Antara langkahnya adalah dengan merancang perbelanjaan terlebih dahulu,menyenaraikan barangan yang hendak dibeli,membeli barangan tempatan,serta mengelakkan penggunaan kad kredit.Pengguna perlu bijak.Contohnya jika harga barangan makanan seperti ayam dan daging adalah tinggi,pengguna boleh mencari bahan alternatif seperti ikan dan telur.Hal ini bertujuan menstabilkan harga barangan tersebut kerana jika permintaan berkurangaan,harga barangan tersebut akan menjadi rendah.Kita juga boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula,minyak,beras,dan tepung,antara barangan yang sering mengalami kenaikan harga akibat permintaan yang tinggi.

Ringkasnya,pengguna mempunyai kuasa membeli.Mereka perlu memanfaatkan kelebihan ini dengan menjadi pengguna yang bijak.

Pada pendapat saya,isu kenaikan harga barang dapat diatasi dengan pengguna membuat perbandingan harga dengan barang yang hendak dibeli.Pengguna juga jangan membeli barang yang lebih mahal daripada harga yang sepatutnya.Karangan ini saya dapati daripada buku"KARANGAN MANTAP".

PENDEKATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA DALAM MEMERANGI JENAYAH

Kadar jenayah yang semakin meningkat di negara ini adalah disebabkan oleh perubahan taraf hidup selain persekitaran sosial.Untuk memerangi jenayah,Polis Diraja Malaysia atau PDRM telah mengambil beberapa pendekatan yang baharu.

Antara pendekatan tersebut ialah melancarkan Progam Rakan Cop.Program ini melibatkan penyertaan anggota masyarakat dalam memberikan maklumat kepada polis tentang kejadian jenayah yang berlaku,PDRM juga meningkatkan operasinya dalam memerangi jenayah melalui penubuhan Balai Komuniti.Matlamat utama progam ini adalah untuk merapatkan hubungan antara masyarakat dengan polis selain membolehkan polis bertindak pantas sekiranya khidmat mereka diperlukan.Pemasangan kamera litar tertutup atau CCTV merupakan antara pendekatan baharu PDRM.Kamera ini dipasang di kawasan-kawasan yang cenderung berlaku jenayah untuk membantu polis mengawasi tempat berkenaan,seterusnya mencegah kejadian jenayah.

Berdasarkan pendekatan baharu ini,pembanterasan jenayah menjadi lebih berkesan.

Pada pendapat saya,pihak polis harus melakukan operasi dengan lebih cekap lagi agar masalah jenayah dapat diatasi.Jika masalah jenayah dapat diatasi dengan mudah,negara akan selamat dari kegiatan jenayah yang sedang berlaku ini.Karangan ini saya dapati daripada buku "Karangan Mantap".

Friday, 23 September 2011

BUDAYA LEPAK DALAM KALANGAN PELAJAR

Budaya lepak dalam kalangan remaja lazimnya melibatkan pelajar.Antara aktiviti yang tergolong dalam budaya lepak ialah ponteng sekolah dan berpeleseran.

Punca utama gejala inilah kurangnya pengawasan ibu bapa.Kebanyakan ibu bapa pelajar yang terlibat dalam gejala ini kurang memberikan perhatian kepada anak-anak.Mereka kurang memantau pergerakan anak selain kurang mengambil tahu akan hal anak mereka.Antara kesan utama budaya melepak ialah menyebabkan meningkatnya jenayah antisosial dan jenayah seperti mencuri dan kegiatan samseng.

Peranan ibu bapa amat penting dalam menangani budaya melepak dalam kalangan pelajar.Ibu bapa tidak boleh lepas tangan sebaliknya mereka hendaklah sentiasa mengawasi gerak-geri anak-anak mereka,mengenal pasti masalah anak,dan meluangkan masa bersama-sama mereka.

Budaya melepak merupakan masalah sosial yang serius dan perlu diatasi.

Pada pendapat saya,gejala melepak dalam kalangan  pelajar sudah sebati dalam jiwa remaja.Hal ini kerana kurang didikan agama daripada ibu bapa pelajar.Karangan ini saya dapati daripada buku "KARANGAN MANTAP".

KEMALANGAN JALAN RAYA DI NEGARA INI

Mengikut perangkaan,96 peratus kes kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap pengguna sementara 4 peratus lagi disebabkan oleh faktor-faktor yang lain.

Sikap pemandu yang melanggar peraturan jalan raya dengan memandu melebihi had laju adalah antara puncanya.Pemandu juga bersikap mememntingkan diri dengan menggunakan lorong kecemasan dan seumpamanya.Ada juga pengguna jalan raya seperti penjalan kaki yang enggan menggunakan jejantas yang disediakan untuk melintas jalan lalu mengakibatkan kemalangan.Keadaan jalan seperti jalan yang sempit,berlekak-lekuk,dan berlubang turut menjadi punca.Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik seperti brek kurang berfungsi,turut menjadi faktor penyumbang.Selain itu,faktor cuaca yang menyebabkan bencana alam seperti tanah runtuh atau banjir juga boleh menjadi punca berlakunya kemalangan.

Kemalangan jalan raya dapat dielakkan jika semua pihak berusaha mengelakkan punca kemalangan.

Pada pendapat saya,kemalangan jalan raya di negara ini sudah menjadi satu kes yang biasa didengar.Hal ini berpunca daripada pihak pengguna yang tidak mementingkan keselamatan orang lain.Karangan ini saya dapati daripada buku "KARANGAN MANTAP".

SIFAT JATI DIRI DAPAT MENGEKANG REMAJA TERJERUMUS DALAM PELBAGAI MASALAH

Remaja merupakan harapan negara yang menjadi pewaris pembangunan negara pada masa hadapan. Sebagai generasi pewaris,remaja perlu memiliki sifat jati diri dengan matlamat hidup yang betul.

Sifat jati diri ini mestilah berlandaskan agama,akhlak mulia,dan tatasusila yang baik serta wawasan masa hadapan.Remaja yang mempunyai sifat jati diri seperti bersemangat patriotik,berakhlak mulia,dan bertanggungjawab sentiasa berfikiran positif.Semua ciri ini menjadikan merka bijak menilai perilaku ynag baik dengan yang buruk seterusnya dapat menghindari diri daripada terjerumus dalam gejala tidak sihat yang boleh merosakkan moral seperti pergaulan bebas,perlakuan jenayah dan sebagainya.

Penguasaan pelbagai ilmu juga dapat membentuk jati diri seorang remja.Remaja yang berilmu pengetahuan,berkemahiran tinggi dan beriman dapat memberi sumbangan yang besar kepada negara.Selain berjaya dalam hidup,remaja berilmu ini dapat memimpin masyarakatnya ke arah kecemerlangan.Selain itu,pembentukan jati diri yang cemerlang boleh membentuk modal insan untuk kepentingan negara,mewujudkan masyarakat yang madani serta melahirkan warganegara yang bertanggunjawab terhadap negara dan bangsanya.Oleh hal yang demikian,remaja hendaklah dipupuk dengan jati diri yang baik melalui asuhan,ilmu pengetahuan serta bimbingan.Bagi tujuan ini,ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka mendapat didikan yang sempurna.Ahli masyarakat juga berperanan memantau,menasihati,dan membimbing golongan muda agar tidak terjerumus dalam pelbagai masalah sosial yang boleh menjadi beban kepada masyarakat dan negara.
       
Tuntasnya,remaja harus mempunyai kekuatan diri untuk membangunkan negara pada masa hadapan.Oleh itu,semua pihak perlu bekerjasama dalam membina remaja yang memiliki jati diri.

Pada pendapat saya golongan remaja haruslah mempunyai jati diri yang kuat agar dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.Golongan remaja harus  diasuh dengan cara yang betul agar tidak menjadi beban kepada masyarakat dan negara.Karangan ini saya dapati daripada buku "Karangan Mantap".

Thursday, 22 September 2011

JENAYAH DI SEKOLAH

Setiap sekolah mempunyai masalah yang tersendiri.Namun,antara masalah yang paling ketara sekarang ini ialah jenayah dalam kalangan pelajar.Masalah sosial ini mejadi semakin serius sehingga melibatkan pihak berkuasa.Justeru,usaha-usaha menangani kegiatan jenayah ini perlu dihalusi hingga akar umbi.


Antara tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah ialah penekanan terhadap pendidikan agama.Hal ini demikian kerana pada peringkat inilah nilai-nilai murni mudah diserapkan ke dalam jiwa pelajar.Selain itu,pendididikan moral perlu juga ditekankan dalam diri pelajar agar mereka lebih memahami perkara yang baik dan yang buruk demi masa depan mereka.Pelajar harus diberi kasih sayang dan perhatian yang secukupnya baik daripada ibu bapa mahupun guru-guru.


Dalam masa yang sama,peraturan sekolah sepatutnya diperketat.Hukuman yang lebih berat perlu dikenakan jika pelajar melakukan kesalahan displin yang serius.Sehubungan itu,kerjasama daripada pihak kerajaan amat penting bagi membincangkan bentuk peraturan yang wajar diwujudkan.


Pihak sekolah juga harus mengambil berat akan masalah pelajar dengan menempatkan beberapa orang guru kaunseling di sekolah.Hal yang demikian penting kerana ada kemungkinan para pelajar yang bermasalh ini tiada tempat untuk mengadu hingga menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.Selain itu,faktor pelajar tidak tahu mengisi masa masa terluang juga menyebabkan mereka mudah terjebak dalam kegiatan jenayah ini.


Pihak sekolah perlulah merancang aktiviti kokurikulum dengan baik serta meningkatkan pencapaian akademik.Hal inidemikian kerana banyak pelajar yang suka akan kegiatan yang menyeronokkan dan memerlukan pergerakan aktif seperti bersukan,berkhemah,dan mendaki gunung.Apabila para pelajar menyertai kegiatan tersebut,mereka terhindar daripada dunia luar yang mungkin dapat mempergaruhi mereka untu melakukan jenayah.


Pada pendapat saya,jenayah di sekolah dapat diatasi dengan melakukan aktiviti membanteras jenayah di sekolah.Dengan cara ini,ia dapat mengurangkan bebanan terhadap ibu bapa,guru.dan pihak kerajaan.Karangan ini saya dapati daripada buku "AXIS BAHASA MELAYU TINGKATAN SATU".

GELAJA MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA


Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.
Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.
Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.
Kempen antimerokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.
Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.
Pada pendapat saya,gejala merokok sudah sebati dalam jiwa remaja masa kini.Hal ini kerana kurang didikan agama daripada ibubapa masing-masing.Karangan ini saya dapati daripada MINDA BAHASA.Karangan ini sangat bagus bagi diri saya.