USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Sunday 25 September 2011

PENCAPAIAN WIRA-WIRA NEGARA

     Pencapaian Malaysia di peringkat antarabangsa terus meningkat dengan semangat Malaysia Boleh.Anak-anak tempatan kini berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa maju yang lain.

     Pada 23 Mei 1997,buat julung-julung kalinya Jalur Gemilang berkibar di puncak Gunung Everest apabila M.Magendran dan N.Mohandas berjaya sampai di puncaknya.Sejak kejayaan wira-wira negara ini,banyak kejayaan lain yang dicapai.Antaranya,Datuk Azhar Mansor belayar mengelilingi dunia secara solo dan Datuk Malik Mydin menjadi rakyat Malaysia yang pertama merentasi Selat Inggeris.Kejayaan Datuk Nicol Ann David menjadi juara dunia bagi sukan skuasy terus membakar semangat Malaysia Boleh.Terbaru,Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapa pula melakar sejarah apabila menjadi angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas.

     Jelaslah bahawa banyak kejayaan ynag dicapai jika bangsa Malaysia bersemangat kental,selaras dengan misi Malaysia Boleh.

    Pada pendapat saya,misi Malaysia Boleh boleh  dicapai jika semua rakyat bersatu padu dalam membangunkan negara.Karangan ini saya dapati daripada buku"KARANGAN MANTAP".

No comments:

Post a Comment