USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Saturday 24 September 2011

PENDEKATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA DALAM MEMERANGI JENAYAH

Kadar jenayah yang semakin meningkat di negara ini adalah disebabkan oleh perubahan taraf hidup selain persekitaran sosial.Untuk memerangi jenayah,Polis Diraja Malaysia atau PDRM telah mengambil beberapa pendekatan yang baharu.

Antara pendekatan tersebut ialah melancarkan Progam Rakan Cop.Program ini melibatkan penyertaan anggota masyarakat dalam memberikan maklumat kepada polis tentang kejadian jenayah yang berlaku,PDRM juga meningkatkan operasinya dalam memerangi jenayah melalui penubuhan Balai Komuniti.Matlamat utama progam ini adalah untuk merapatkan hubungan antara masyarakat dengan polis selain membolehkan polis bertindak pantas sekiranya khidmat mereka diperlukan.Pemasangan kamera litar tertutup atau CCTV merupakan antara pendekatan baharu PDRM.Kamera ini dipasang di kawasan-kawasan yang cenderung berlaku jenayah untuk membantu polis mengawasi tempat berkenaan,seterusnya mencegah kejadian jenayah.

Berdasarkan pendekatan baharu ini,pembanterasan jenayah menjadi lebih berkesan.

Pada pendapat saya,pihak polis harus melakukan operasi dengan lebih cekap lagi agar masalah jenayah dapat diatasi.Jika masalah jenayah dapat diatasi dengan mudah,negara akan selamat dari kegiatan jenayah yang sedang berlaku ini.Karangan ini saya dapati daripada buku "Karangan Mantap".

No comments:

Post a Comment