USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Friday 23 September 2011

BUDAYA LEPAK DALAM KALANGAN PELAJAR

Budaya lepak dalam kalangan remaja lazimnya melibatkan pelajar.Antara aktiviti yang tergolong dalam budaya lepak ialah ponteng sekolah dan berpeleseran.

Punca utama gejala inilah kurangnya pengawasan ibu bapa.Kebanyakan ibu bapa pelajar yang terlibat dalam gejala ini kurang memberikan perhatian kepada anak-anak.Mereka kurang memantau pergerakan anak selain kurang mengambil tahu akan hal anak mereka.Antara kesan utama budaya melepak ialah menyebabkan meningkatnya jenayah antisosial dan jenayah seperti mencuri dan kegiatan samseng.

Peranan ibu bapa amat penting dalam menangani budaya melepak dalam kalangan pelajar.Ibu bapa tidak boleh lepas tangan sebaliknya mereka hendaklah sentiasa mengawasi gerak-geri anak-anak mereka,mengenal pasti masalah anak,dan meluangkan masa bersama-sama mereka.

Budaya melepak merupakan masalah sosial yang serius dan perlu diatasi.

Pada pendapat saya,gejala melepak dalam kalangan  pelajar sudah sebati dalam jiwa remaja.Hal ini kerana kurang didikan agama daripada ibu bapa pelajar.Karangan ini saya dapati daripada buku "KARANGAN MANTAP".

4 comments: