USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Friday 23 September 2011

SIFAT JATI DIRI DAPAT MENGEKANG REMAJA TERJERUMUS DALAM PELBAGAI MASALAH

Remaja merupakan harapan negara yang menjadi pewaris pembangunan negara pada masa hadapan. Sebagai generasi pewaris,remaja perlu memiliki sifat jati diri dengan matlamat hidup yang betul.

Sifat jati diri ini mestilah berlandaskan agama,akhlak mulia,dan tatasusila yang baik serta wawasan masa hadapan.Remaja yang mempunyai sifat jati diri seperti bersemangat patriotik,berakhlak mulia,dan bertanggungjawab sentiasa berfikiran positif.Semua ciri ini menjadikan merka bijak menilai perilaku ynag baik dengan yang buruk seterusnya dapat menghindari diri daripada terjerumus dalam gejala tidak sihat yang boleh merosakkan moral seperti pergaulan bebas,perlakuan jenayah dan sebagainya.

Penguasaan pelbagai ilmu juga dapat membentuk jati diri seorang remja.Remaja yang berilmu pengetahuan,berkemahiran tinggi dan beriman dapat memberi sumbangan yang besar kepada negara.Selain berjaya dalam hidup,remaja berilmu ini dapat memimpin masyarakatnya ke arah kecemerlangan.Selain itu,pembentukan jati diri yang cemerlang boleh membentuk modal insan untuk kepentingan negara,mewujudkan masyarakat yang madani serta melahirkan warganegara yang bertanggunjawab terhadap negara dan bangsanya.Oleh hal yang demikian,remaja hendaklah dipupuk dengan jati diri yang baik melalui asuhan,ilmu pengetahuan serta bimbingan.Bagi tujuan ini,ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka mendapat didikan yang sempurna.Ahli masyarakat juga berperanan memantau,menasihati,dan membimbing golongan muda agar tidak terjerumus dalam pelbagai masalah sosial yang boleh menjadi beban kepada masyarakat dan negara.
       
Tuntasnya,remaja harus mempunyai kekuatan diri untuk membangunkan negara pada masa hadapan.Oleh itu,semua pihak perlu bekerjasama dalam membina remaja yang memiliki jati diri.

Pada pendapat saya golongan remaja haruslah mempunyai jati diri yang kuat agar dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.Golongan remaja harus  diasuh dengan cara yang betul agar tidak menjadi beban kepada masyarakat dan negara.Karangan ini saya dapati daripada buku "Karangan Mantap".

No comments:

Post a Comment