USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Sunday 25 September 2011

MENGURANGKAN BEBANAN KOS HIDUP

      Kenaikan harga barangan berlaku di seluruh dunia akibat kenaikan harga petroleum dan komoditi utama.Pelbagai langkah dapat diambil untuk mengurangkan bebanan kos hidup akibat kenaikan ini.

      Antara langkahnya adalah dengan membeli barangan secara pukal.Hal ini dapat mengurangkan kos sampingan seperti kos pengangkutan dan kos masa.Membuat perbandingan harga juga merupakan langkah yang bijak kerana memberikan nilai lebih bagi wang yang dibelanjakan.Membeli barangan basah di pasar tani contohnya lebih menjimatkan daripada berbelanja di pasar raya.Bebanan kos hidup juga dapat dikurangkan jiak pengguna mengawal penggunaan kad kredit.Penggunaan kad kredit dikatakan punca boros berbelanja.Melakukan kerja sampingan juga dapat mengurangkan bebanan kos hidup.Suri rumah contohnya boleh mengambil upah menjahit pakaian dan sebagainya untuk menambahkan pendapatn.

     Kesimpulannya,jadilah pengguna yang bijak untuk mengurangkan bebanan kos hidup.

      Pada pendapat saya,pengguna boleh menggunakan masa yang terluang dengan mengambil upah membuat kraf tangan seperti bakul,tudung saji,dan sebagainya. Dengan cara ini,pengguna boleh mengurangkan bebanan terhadap keluarga dan diri.Karangan ini saya dapati daripada buku"KARANGAN MANTAP".

2 comments: