USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Saturday 24 September 2011

MENGAWAL KENAIKAN HARGA BARANG

Peningkatan harga barangan mampu dikawal.Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengawal harga barangan,terutmanya barangan keperluan.

Antara langkahnya adalah dengan merancang perbelanjaan terlebih dahulu,menyenaraikan barangan yang hendak dibeli,membeli barangan tempatan,serta mengelakkan penggunaan kad kredit.Pengguna perlu bijak.Contohnya jika harga barangan makanan seperti ayam dan daging adalah tinggi,pengguna boleh mencari bahan alternatif seperti ikan dan telur.Hal ini bertujuan menstabilkan harga barangan tersebut kerana jika permintaan berkurangaan,harga barangan tersebut akan menjadi rendah.Kita juga boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula,minyak,beras,dan tepung,antara barangan yang sering mengalami kenaikan harga akibat permintaan yang tinggi.

Ringkasnya,pengguna mempunyai kuasa membeli.Mereka perlu memanfaatkan kelebihan ini dengan menjadi pengguna yang bijak.

Pada pendapat saya,isu kenaikan harga barang dapat diatasi dengan pengguna membuat perbandingan harga dengan barang yang hendak dibeli.Pengguna juga jangan membeli barang yang lebih mahal daripada harga yang sepatutnya.Karangan ini saya dapati daripada buku"KARANGAN MANTAP".

No comments:

Post a Comment