USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Thursday 22 September 2011

JENAYAH DI SEKOLAH

Setiap sekolah mempunyai masalah yang tersendiri.Namun,antara masalah yang paling ketara sekarang ini ialah jenayah dalam kalangan pelajar.Masalah sosial ini mejadi semakin serius sehingga melibatkan pihak berkuasa.Justeru,usaha-usaha menangani kegiatan jenayah ini perlu dihalusi hingga akar umbi.


Antara tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah ialah penekanan terhadap pendidikan agama.Hal ini demikian kerana pada peringkat inilah nilai-nilai murni mudah diserapkan ke dalam jiwa pelajar.Selain itu,pendididikan moral perlu juga ditekankan dalam diri pelajar agar mereka lebih memahami perkara yang baik dan yang buruk demi masa depan mereka.Pelajar harus diberi kasih sayang dan perhatian yang secukupnya baik daripada ibu bapa mahupun guru-guru.


Dalam masa yang sama,peraturan sekolah sepatutnya diperketat.Hukuman yang lebih berat perlu dikenakan jika pelajar melakukan kesalahan displin yang serius.Sehubungan itu,kerjasama daripada pihak kerajaan amat penting bagi membincangkan bentuk peraturan yang wajar diwujudkan.


Pihak sekolah juga harus mengambil berat akan masalah pelajar dengan menempatkan beberapa orang guru kaunseling di sekolah.Hal yang demikian penting kerana ada kemungkinan para pelajar yang bermasalh ini tiada tempat untuk mengadu hingga menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.Selain itu,faktor pelajar tidak tahu mengisi masa masa terluang juga menyebabkan mereka mudah terjebak dalam kegiatan jenayah ini.


Pihak sekolah perlulah merancang aktiviti kokurikulum dengan baik serta meningkatkan pencapaian akademik.Hal inidemikian kerana banyak pelajar yang suka akan kegiatan yang menyeronokkan dan memerlukan pergerakan aktif seperti bersukan,berkhemah,dan mendaki gunung.Apabila para pelajar menyertai kegiatan tersebut,mereka terhindar daripada dunia luar yang mungkin dapat mempergaruhi mereka untu melakukan jenayah.


Pada pendapat saya,jenayah di sekolah dapat diatasi dengan melakukan aktiviti membanteras jenayah di sekolah.Dengan cara ini,ia dapat mengurangkan bebanan terhadap ibu bapa,guru.dan pihak kerajaan.Karangan ini saya dapati daripada buku "AXIS BAHASA MELAYU TINGKATAN SATU".

No comments:

Post a Comment