USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Sunday 25 September 2011

CARA-CARA MEMBALAS JASA GURU

       Kita perlu menjadi seorang yang tahu membalas jasa guru. Di rumah, kita perlu membalas jasa ayah dan ibu. Disekolah pula, kita perlu membalas jasa guru. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk membalas jasa guru.

      Untuk membalas jasa guru, kita perlu rajin belajar. Sebagai contoh, di dalam kelas kita memberikan tumpuan ketika guru mengajar. Kesannya, kita akan mendapat keputusan yang cemerlang dan sudah tentu guru kita akan berasa gembira.

      Kita juga perlu mengamalkan segala nasihat guru. Sebagai contoh, guru mahu kita bersikap berbudi bahasa. Oleh itu, apabila kita bertemu guru, kita perlu menunjukkan sikap lemah lembut.

     Seterusnya, kita tahu menghargai jasa yang guru berikan. Sebagai contoh, kita mengucapkan terima kasih atau membeli hadiah ketika Hari Guru. Kesannya, guru berasa murid-muridnya insan yang tahu mengenang budi.

    Selanjutnya, kita perlu menghargai jasa guru walaupun kita sudah meninggalkan alam persekolahan. Sbagai contoh, kita patut menghubungi bekas guru kita di sekolah rendah ketika dahulu. Cara ini dapat mempererat silaturrahim yang sudah lama terjalin.

    Kesimpulannya, banyak cara yang boleh dilakukan untuk membalas jasa guru. Oleh itu, kita berusaha menjadi murid yang tahu mengenang budi. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Pada pendapat saya, kita hendaklah menghormati guru kita. Kita perlulah menghormati guru kita kerana guru juga seorang ibu bapa kita di sekolah. Karangan ini diambil daripada buku karangan " Gred A Penulisan".

No comments:

Post a Comment