USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Sunday 25 September 2011

TIADA SAMPAH DI SEKOLAH

           Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Pengetua Sekolah Menegah Kebangsaan Kampuang Seri Setia, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan ceramah dalam majlis ini. Tajuk ceramah saya pada hari ini ialah " Tiada Sampah di Sekolah". Kebersihan persekitaran penting kepada sesiapa sahaja yang memandang. Jadi, pelbagai langkah yang dapat dilakukan untuk menwujudkan persekitaran sebegini.

Hadirin sekalian,
         Warga sekolah harus sedar bahawa suasana yang bersih amat pentingbagi mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa. Selain itu, kempen sekolah dan ceria mestilah dilakukan secara berterusan. Antara aktiviti yang dapat diadakan termasuklah memasang poster, mengadakan pertandingan kelas terbersih dan sebagainya.

        Selain itu, pihak sekolah harus menguatkuasakan peraturan membuang sampah. Murid-murid yang terbukti membuang sampah di merata-rata tempat harus dikenakan tindakan. Antara hukuman yang dapat dilakukan termasuk melakukan kerja-kerja sosial di sekolah. Contohnya, murid tersebut dikehendaki mengutip sampah di kawasan sekolah. Hukuman ini merupakan pengajaran terhadap murid berkenaan dan murid-murid yang lain. Selain guru, pengawas yang dilantik juga harus memainkan peranan penting demi menjayakan peraturan ini.

       Aktiviti gotong-royong juga harus dilaksanakan. Aktiviti ini mugkin dapat dilakukan seminggu sekali. Aktiviti ini sedikit banyak dapat memupuk rasa prihatin warga sekolah terhadap kebersihan sekolah. Kaedah pelaksanaan yang dicadangkan ialah setiap hari selepas waktu rehat, murid-murid wajib mengutip sampah setiap hari selama 10 minit.

Hadirin sekalian,
      Konsep ' Tiada Sampah di Sekolah" perlu dipupuk dan diterapkan dalam pemikiran setiap murid. Konsep ini bersesuaian dengan konsep sekolah bersih dan ceria. Sekiranya konsep berjaya diterapkan dan dilaksanakan, maka imej sekolah akan melonjak cemerlang. Malah rasa cinta murid kepada sekolah juga akan bertambah. Dengan itu, prestasi akademik murid juga akan meningkat.

    Sesungguhnya, sekolah kita tanggungjawab kita. Oleh itu, semua warga sekolah perlu berusaha lagi demi melaksanakan konsep " Tiada Sampah di Sekolah". Sekian, terima kasih.


Pada pendapat saya, warga sekolah harus mengambil berat tentang persekitaran sekolah. Apabila persekitaran sekolah bersih, murid-murid akan belajar dengan selesa dan seronok. Karangan ini saya dapat daripada buku karangan "Longman"

No comments:

Post a Comment