USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Monday 26 September 2011

faedah amalan kitar semula

Pada pendapat saya, amalan kitar semula sangat bermanfaat buat kita semua sebagai rakyat Malaysia. Amalan kitar semula merupakan amalan yang baik dan kita patut mencontohinya. Dengan mengitar semula , kita akan dapat mengurangkan kos harian. Berikut adalah beberapa faedah yang boleh didapati apabila mengitar semula bahan buangan.

         Kitar semula merupakan satu kempen yang dijalankan setiap tahun. Kempen ini banyak memberikan faedah kepada kita.

         Amalan mengitar semula dapat mengurangkan pencemaran. Hal ini dikatakan demikian kerana kita dapat menggunakan semula sampah. Dengan ini,tahap kesihatan rakyat dapat dijamin.
        
         Selain itu, amalan ini dapat melindungi hutan. Hal ini dikatakan demikian kerana kepupusan hutan sering dikaitkan dengan keengganan penduduk bumi mengamalkan konsep mengitar semula. Oleh sebab itu, kita haruslah menghargai alam semula jadi.

          Di samping itu, amalan ini turut dapat mengurangkan kawasan pelupusan sampah. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak sampah yang telah diguna semula untuk menghasilkan barangan yang baharu. Oleh sebab itu, kita turut dapat mengurangkan sumber alam dan menjimatkan tenaga.

        Kesimpulannya, amalan ini mesti disuburkan dalam sanubari kita. Janganlah kita menyesal selepas bumi musnah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

No comments:

Post a Comment