USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Thursday, 28 April 2011

SI BABAU YANG GAGAH

Penduduk Kampung Serai bersepakat untuk menjadikan Si Babau sebagai umpan untuk menangkap seekor harimau yang sering berkeliaran di kampung mereka Si Babau terpilih sebab susuk tubuhnya yang pejal dan sihat.Si Babau berasa sedih tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.hatinya tidak rela untuk menjadi umpan harimau itu.tiba masanya,Si Babau di bawa ke tengah hutan.dia di tambah pada sebatang pokok.Orang kampung pula bersembunyi di atas ran.  
        Apabila harimau tiba,Si Babau berpura-pura mati.Harimau tidak berselira apabila melihat Babau sudah mati.Ketika harimau membelakangi Si Babau,Si Babau dengan secepat kilat menanduk perut harimau.SiBabau bertekat untuk menghapus kan harimau itu.Di sebabkan harimau itulah,dirinya menjadi taruhan.tanduknya yang tajam menyebabkan perut harimau cedera teruk.Harimau berguling-guling kesakitan.Akhirnya,harimau itu mati.  
        Orang kampung yang melihat kejadian itu berasa hairan akan ketangkasan Si Babau.Mereka berasa terharu.Si Babau tidak menyimpan dendam kepada penduduk kampung.Si Babau bersedia untuk melakukan tugasnya,iaitu membajak sawah tuannya,Pak Sarih.  
        Kisah ke kuatan Si Babau tersebar ke seluruh kampung.Si Babau terus menjadi sebutan.Rumah Pak Sarih sentiasa menjadi tumpuan orang ramai.Setiap hari ada sahaja orang melihat Si Babau.        

No comments:

Post a Comment