USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Thursday, 28 April 2011

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

        Pada hari Isnin bermulalah hari pertama persekolan bagi sesi 2011.ketika nyenyak aku berbuai mimpi tiba-tiba kedengaran bunyi yang amat nyaring sehingga menyebabkan aku terjaga dari tidur.Rupa-rupanya jam loceng telah menunjukkan jam 6:00 pagi sebelum aku membersihkan diri aku menunaikan dahulu kewajipan pada umat Islam iaitu solat subuh.Sesudah aku menyelesaikan ibadah solat aku terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri dan sesudah itu aku memakai baju sekolah yang baharu dibeli 3 minggu lepas yang dibeli oleh ibu.Selepas itu,ibuku    mengajakku untuk bersarapan.Ketika aku menikmati makanan yang dimasak oleh ibu aku berasa penuh kesyukuran kerana mempunyai ibu yang amat penyayang.                                                                                                        
              Apabila habis saja makan makanan yang ibuku masak untukku aku terus menyalami tangan kedua ibu bapaku.kemudian aku melangkah keluar dengan perasaan yang berdebar-debar untuk ke sekolah.Tidak sampai lima minit aku sudah sampai di pintu gerbang sekolah aku sampai disekolah dengan begitu pantas kerana jarak rumahku dengan sekolah hanya satu kilometer sahaja.                                                                                                              
              Ketika aku sampai di perkarangan sekolah aku telah berjumpa dengan sahabat baikku iaitu rosliha dan aishah.Kelihatan wajah mereka sungguh gembira sekali .Apabila sudah hampir tiga minit kami berbual, kami bertiga terus pergi ke kelas yang di tetapkan oleh guru.Kami bertiga masuk ke dalam kelas yang sama iaitu kelas yang pertama dari lapan buah kelas.kami bertiga    mengambil barisan yang paling hadapan kerana tahun kami ingin berazam untuk mengalahkan Ilham(kawan sekelas kami) yang sering mendapat tempat pertama di dalam kelas.                                                                                 
             Pada pukul 7:30 kami diarahkan untuk beratur.Smasa perhimpunan kami menyanyi 3 buah rangkaian lagu lalu,ikrar sekolah.kemudian,pengerusi majlis meminta guru besar untuk menyampai kan sepatah dua kata.ketika guru besar berucap aku beroleh pandangan ke belakang kerana di belakang itu kedengaran bunyi yang sangat bising.Rupa-rupanya dibelangkang itu mempunyai pelbagai gelagat seperti murid tahun 1 menarik baju ibunya kerana tidak mahu bersekolah,ada juga yang pura-pura demam dan lain-lain lagi.selepas itu aku terus memandang ke hadapan untuk mendenar ucapan guru besar selepas tiga minit belalu perhimpunan pagi pun bersurai.                                                                                                               
             Dengan berakhirnya perhimpunan itu kami semua masuk ke dalam kelas dan belajar seperti biasa.

No comments:

Post a Comment