Izyanie seorang budak yang pintar dan baik hati.Izyanie akan mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi.Tetapi izyanie mempunyai sikap yang sombong . Dia beranggapan bahawa dia ialah seorang budak yang pintar dan tidak perlu belajar .
Walaubagaimanapun,hanya tinggal dua bulan lagi sebelum UPSR . Disebabkan sikapnya yang sombong itu , dia tidak menghiraukan pekara yang diajar oleh guru dan tidak mengambil perhatian semasa guru – gurunya mengajar .
Semasa berada di rumahnya , dia membuang masa dengan berlepak dan bermain – main bersama kawan – kawannya . Dia menonton televisyen sehingga lewan malam . Disebabkan itu dia selalu berasa mengantuk dan selalu saja tertidur semasa guru mengajar .
Izyanie langsung tidak bersedia untuk menghadapi ujian yang sudah hamper itu , tetapi dia beranggapan dia sudah bersedia. Walaupun dia tahu Ujian besar itu tidak akan berulang lagi dan hanya diduduki sekali seumur hidup.
Izyanie membuang masa dengan membuat perkara yang tidak berfaedah . Dia terlalu yakin terhadap dirinya .Semakin hari ujian itu semakin dekat . Esok dia akan mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah .Dia masih belum menyediakan sebarang peralatan tulis atau mengulan kaji pelajaran .
Hari ini , Izyanie akan mengambil UPSR .Dia berasa gementar apabila memikirkan perkara yang telah dilakukannya sebelum UPSR. Semasa dia mengambil ujian itu dia merasa sungguh penat hingga nak tertidur .
Sebulan selepas itu , keputusan bagi ujian itu telah dikeluarkan . Dia mendapat keputusan yang sungguh teruk .Dia menyesal kerana “tidak menyediakan paying sebelum hujan ‘’.Dia sungguh menyesal dengan perbuatannya yang tidak berfaedah itu .Semenjak itu , dia tidak lagi menjadi seorang yang ankuh dan bodoh sombong itu.
No comments:
Post a Comment