USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Friday 29 April 2011

SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT

Melihat akan kehidupanku sekarang ini,kenangan silam kembali bermain-main di mindaku.Hidupku kini agak mewah berbanding beberapa tahun yang lalu kerana ini adalah hasil titik peluhku yang tidak pernah jemu menabung.
Ayah dan ibu sering menasihati agar berjimat cermat ketika berbelanja.Kehidupan yang agak sukar pada ketika itu mengajarkan aku menjadi seorang manusia yang berguna serta berazam untuk mengubah nasib keluarga.
        Ibu hanya memberikan aku RM1.50 setiap hari persekolahan.Walaupun ibu dan ayah tidak mempunyai wang,akan diusahakan juga untuk diberikan kapadaku serta dua orang adikku.Ayah hanya seorang nelayan manakala ibu seorang penjual kuih buatan sendiri.
        Ayah telah membuatkan aku sebuah tabung daripada buluh yang amat cantik bagiku ukirannya.Aku faham akan maksud pemberian tabung tersebut.Sejak itu,wang yang diberikan hanya digunakan untuk perkara-perkara penting sahaja,selebihnya akan aku simpan ke dalam tabung.Aku akan membawa makanan dan minuman dari rumah ke sekolah setiap hari.Oleh itu,wang yang tidak digunakan dapat disimpan.
        Aku berasa gembira kerana wang tabunganku sudah penuh tatkala setiap hujung tahun persekolahan menjelang.Wang tersebut akan disimpan di Bank Simpanan Nasional yang terletak berdekatan dengan kampungku.Adakalanya,wang tersebut aku gunakan untuk diberikan kepada adik-adikku yang bersekolah serta digunakan untuk perbelanjaan rumah dan membeli ubat tatkala kedua orang tuaku tidak turun bekerja atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.
     Beberapa tahun selepas itu,aku berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.Semua ini adalah berkat usaha gigihku yang tidak pernah jemu mununtut ilmu.Aku tidak teragak-agak untuk menjejakkan kaki ke menara gading kerana hasil wang tabunganku selama ini akanku gunakannya.Pada masa yang sama,aku mendapat bantuan kewangan daripada pihak kerajaan.Hal ini secara tidak langsung dapat meringankan beban aku sepanjang tempoh pengajian.
    
        Aku berasa sungguh gembira kerana akhirnya aku dapat menjawat jawatan yang agak bagus di sebuah syarikat.Ayah dan ibu kini tinggal bersama-samaku.Mereka tidak lagi bekerja seperti dahulu.Manakala,kedua-dua orang adikku kini berada di sekolah berasrama penuh.Benarlah bak kata pepatah,"sikit-sikit lama-lama jadi bukit" kerana dengan menabung,aku dapat hidup dengan aman tanpa memikirkan mana-mana hutang.

No comments:

Post a Comment