USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Friday, 29 April 2011

CARA-CARA MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR

 Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana,guru-guru,para pelajar dan hadirin yang dihormati.
    Belakangan ini,kita dikejutkan denganpelbagai berita tentang masalah disiplin pelajar.Terpapar di akhbar berita pelajar menumbuk guru,ponteng sekolah,melepak,terlibat dalam jenayah juvenil dan sebagainya.Masalah disiplin pelajar ini membimbangkan semua pihak.
    
Hadirin yang dihormati,
    Pembentukan disiplin bermula di rumah.Rumah merupakan institusi pertama dan utama dalam usaha menyemaikanbenih disiplin.Di sinilah bermulanya peranan ibu bapa.Mereka mestilah membekalkan anak mereka dengan pendidika agama dan moral.Amalan-amalan dalam agama merupakan asas kepada pembentukan disiplin.Dalamnya terkandung ketaatan kepada orang tua,bersopan-santun,tolong-menolong,hormat-menghormati dan sebagainya.Semua hal itu merupakan benih disiplin yang perlu disuburkan di rumah,kemudian barulah dibajai di sekolah.
    Di samping itu,ibu bapa hendaklah mengawasi kelakuan anak-anak mereka secara berterusan dari semasa ke semasa.kasih sayang dan perhatian akan membantu memantapkan nilai-nilai disiplin yang baik.
    Di sekolah,peranan itu terletak di bahu guru.Disiplin dibentukan melalui penguatkuasaan,undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedia ada di sekolah.Di peringkat ini juga,penguatkuasaan disiplin bukan sahaja terletak di bahu guru disiplin.Semua guru merupakan ejen pembentuk disiplin murni di kalangan pelajajnya.
    
Hadirin yang dihormati,
    Kita tahu pengaruh rakan sebaya amat kuat dalam pembentukan disiplin.Dalam hal ini,pelajaj mestilah pandai bergaul dan perlu memilih kawan yang baik dan tidak bermasalah disiplin sahaja.
    Satu cara lagi mengatasi masalah ini adalah dengan melibatkan diri dalam kegiatan yang berfaedah.Di sekolah,misalnya,pelajar boleh menyertai pelbagai kegiatan kokurikulam seperti kelab,persatuan dan pasukan beruniform.
    Oleh sebab masa itu mengizinkan,setakat inilah sahaja syarahan saya.Sebelum saya mengundur diri,saya menegaskan bahawa dalam usaha membentuk disiplin ini,semua pihak harus menjalin kerjasama yang rapat dan dilakukan secara berterusan.    

No comments:

Post a Comment