USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Thursday, 28 April 2011

PERASMIAN PUSAT SUMBER

Warga Sekolah Kebangsaan Air Merah telah mengalu-alukan kehadiran Menteri Besar Kedah untuk merasmikan pusat sumber sekolah.Majlis perasmian ini dihadiri lebih 250 orang waris.Pengarah Pendidikan Negeri turut hadir dalam majlis perasmian ini.  
 
     Tujuan majlis perasmian ini diadakan adalah untuk menggalakkan murid-murid menghargai pusat sumber sekolah.Selain itu,perasmian ini juga bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat terkini tentang pusat sumber.  
 
9.00 pagi  
 
     Menteri Besar dan Pengarah Pendidikan Negeri tiba pada jam 9.00 pagi.Mereka disambut dengan persembahan silat dan paluan kompang.Mereka juga dibawa memeriksa unit beruniform iaitu Pengakap,Persatuan Bulan Sabit Merah,Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah.  
 
10.00 pagi  
 
     Seterusnya,Menteri Besar ke Dewan Seri Aman.Majlis perasmian ini dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Yazir.Selain itu, para hadirin mendengar ucapan yang disampaikan oleh Menteri Besar.  
 
11.45  
 
     Dalam ucapannya,beliau melahirkan rasa bangga atas kejayaan yang dicapai oleh pusat sumber.Hal ini kerana Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Air Merah pernah menjadi juR di peringkat kebangsaan.Di samping itu,pusat sumber sekolah mempunyai pengurusan dan kemudahan yang lengkap.  
 
12.40 tengah hari  
 
     Selepas itu,Menteri Besar melawat pusat sumber sekolah.Menteri Besar ke pusat sumber adalah untuk melihat kemudahan-kemudahan yang ada di situ.Tanpa membuang masa,beliau terus menarik tirai tanda perasmian pusat sumber.  
 
     Banyak aktiviti dijalankan.Aktiviti yang dijalankan dapat menarik perhatian para pengunjung yang menyaksikannya.Akhirnya,murid-murid perlu memanfaat pusat sumber tanpa disuruh. 

No comments:

Post a Comment