USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Friday, 29 April 2011

LAPORAN HARI ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH

         Pada hari Sabtu, 10 November 2006, Sekolah Kebangsaan  
Persatuan Polis Hutan, Ipoh perak telah melangsungkan Majlis    AnugerahKecemerlangan Sekolah. Majlis itu bermula seawal pukul 8:00 pagi dengan kehadiranpara ibu bapa yang turut meraikan majlis.  
          
         Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akedemik dan korikulum. Penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.  
 
         Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh pengerusi dan diikuti ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan  
Persatuan Polis Hutan. Tepat pada pukul 9:30 pagi upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah , Tuan Haji Pakhrurazi bin Mohd.Saman. Dalam upacara tersebut beliau telah menasihatkan ibu bapa supaya lebih prihatinterhadap pendidikan anak-anak.  
 
         Beberapa persembahan oleh murid-murid turut dipersembahkan kepada para tetamu. Antaranya  
persembahan yang menarik ialah persembahan dikir barat oleh murid-murid tahun 6, gesekan biola oleh murid tahun 3, adik Muhammad Ridzwan bin Roslan dan persembahan deklamasi sajak oleh ketua murid, saudara Muhd Muqri bin Fadzil. Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.          
 
         Acara kemuncak ialah upacara penyampaian hadiah kapada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. murid-murid yang aktif dan cemerlang dalam bidang kokurikulum turut menerima hadiah.  
 
         Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali . Para jemputan dan tetamu dijemput menikmati juadah sejurus majlis ini berakhir . Diharapkan agr majlis ini menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.  
 
Disediakan oleh,                                                15 NOVEMBER 2008  
 
                Hafiz  
..........................  
(Khairul Hafiz bin Roslan)  
Setiausaha HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH,  
Sekolah Kebangsaan Persatuan Polis Hutan,Perak.  
    

No comments:

Post a Comment