Setelah aku berumur dua bulan, tuan aku memisahkan aku daripada ibuku. Pada malam itu, aku dibuang ke dalam tong sampah awam di pusat Bandar Sibu. Aku menangis, menjerit dan menyalak. Akhirnya aku penat dan tertidur. Usahaku gagal mendapat sebarang perhatian dalam bandaraya yang sibuk ini.
Pada pagi keesokan hari, seorang pengemis ternampak aku, "Eh, siapa buang anj[g]ing ini pula? Baik aku menjual anj[g]ing ini." Dia memandikan aku lalu membawaku ke kedai anjing. Aku dijual dengan harga RM 5. Pengemis itu ketawa dengan manisnya menerima RM 5 lalu menghilangkan diri dalam pasar.
Pemilik kedai itu amat terperanjat mengetahui rupaku yang begitu menarik. Dia memeluk aku lalu mengetahui namaku anging setelah melihat perkataan ANGING yang terukir pada rantai leherku. Dia pun menggelar nama aku Anging berkali-kali. Setelah itu, aku dimasukkan ke dalam sangkar yang dilabel ANGING dengan tag harga RM 9,999 / USD $ 2,999.
Dalam kedai itu terdapat berpuluh-puluh ekor anjing yang lain. Ada yang berwarna kuning, ada yang berwarna hitam, dan ada yang berwarna hijau juga. Namum tidak ada seekor anjing yang bernama anging kecuali aku.
Pada suatu hari, ada seorang budak lelaki bersama datuknya mengunjung ke sini. Mereka ternampak aku; tertarik kepada aku; lalu membeli aku dengan USD $2,999. Aku terus dibawa ke Amerika dalam kapal terbang peribadinya.
Rupa-rupanya budak itu merupakan cucu Bill Gates, orang yang terkaya di dunia. Budak itu sangat sayang akan aku. Dia selalu memberi aku makan ikan dan susu. Setiap petang dia membawa aku pergi ke taman permainan. Setiap malam aku tidur bersama dengan dia.
Dia mengucapkan "Good Morning, Anging" kepada aku setiap pagi. Aku berasa sangat gembira kerana mempunyai tuan yang baik.
No comments:
Post a Comment