USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Friday 29 April 2011

KASIH SAYANG TERAS KELUARGA BAHAGIA

        Selamat pagi saya ucapkan kepada semua pengetua, semua guru-guru, semua ibubapa, semua hadirin dan semua ahli keluarga SMK Stampin Kuching.
        Ibu-ibu menyusukan anak-anak mereka semasa masih kecil. Setelah mereka kian membesar, mereka memberi mereka duit saku dan alat keperluan lain seperti telefon bimbit. Adakah ini suatu tanda kasih sayang yang boleh menjamin kebahagiaan keluarga?
        Sebenarnya, kasih sayang oleh ibu-bapa bukan sahaja merangkumi pemberian makanan dan barang keperluan, malah kasih sayang juga merangkumi aspek emosi-mental.
        "Kasih sayang teras keluarga bahagia" merupakan tajuk syarahan saya pada pagi yang berbahagia ini.
        Hadirin sekalian,
        Pada pagi ini, izinkan saya memberikan penekanan yang lebih kepada aspek emosi dan mental dalam kasih sayang. Ini merangkumi galakan, sokongan, hormat-menghormati dan bimbingan daripada ibubapa.
        Kegagalan merupakan elemen kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Kegagalan kecil boleh diumpamakan kesalahan dalam penulisan suatu ayat ataupun karangan. Kegagalan ini boleh kita atasi dengan senangnya dengan memadamkan perkataan yang tersalah ditulis, lalu diganti dengan perkataan yang betul. Hal ini boleh diselesaikan tanpa sokongan ibubapa mahupun guru. Sekiranya saya meminta orang yang tidak pernah membuat kesilapan menulis perkataan untuk mengangkat tangan, sudah pasti tidak ada orang yang berani bebuat demikian.
        Para ibubapa yang saya hormati,
        Bagaimana pula dengan kegagalan yang lebih besar yang menimpa seseorang pelajar dalam kehidupannya, umpamanya gagal mata pelajaran matematik dengan catatan warna merah dalam buku laporan? Bagaimana pula dengan pelajar yang mendapat semua matapelajaran GAGAL dalam UPSR atau PMR?
        Peranan ibubapa dalam mencurahkan kasih sayang dengan galakan, sokongan dalam situasi sebegini perlu diberi perhatian. Ibu bapa tidak seharusnya menghukum mereka yang gagal dalam peperiksaan. Siapa yang ingin galal? Kawan saya, QQ, pernah gagal dalam peperiksaan matematik Tahun 1. Markah 0 dicatat dalam buku laporannya. Namum ibubapanya tidak putus asa dalam memberi galakkan dan membantunya berdiri semula, sehingga mendapat A dalam Matematik UPSR kemudiannya.
        Golongan muda amat memerlukan kasih sayang ibu bapa, mereka bukan sahaja memerlukan makanan atau barangan keperluan, malah kasih sayang dari segi emosi-mental. Kasih sayang merupakan teras keluarga bahagia. Diharap semua ibubapa dan anak-anak boleh berusaha bersama-sama mewujudkan keluarga yang dipenuhi dengan kasih dan sayang.
        Sekian, Terima Kasih.
 

No comments:

Post a Comment