USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Friday 29 April 2011

CITA-CITA DAN IMPIAN SAYA

       Setiap manusia mempunyai minat dan cita-cita. Saya juga begitu. Sudah lumrah manusia bercita-cita inginkan sesuatu. Saya ingin menjadi seorang juruterbang. Oleh kerana minat saya terhadap cita-cita yang berisiko tinggi ini, saya mahu memasuki sekolah penerbangan untuk sesiapa yang berminat menjadi juruterbang.
        Ramai yang mengatakan cita-cita ini tidak bersesuaian dengan perempuan kerana ia berisiko tinggi dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Tambahan lagi kaum hawa seorang yang lemah. Kata-kata sumbang ini saya ketepikan. Saya ingin tegaskan di sini bahawa tidak semua perempuan lemah seperti pendapat ini.
        Apabila saya melihat langit yang tinggi nan biru, saya sedar yang saya sememangnya ditakdirkan untuk menjadi juruterbang. Saya berasa kagum apabila melihat juruterbang yang keluar dari sesebuah kapal terbang itu seorang perempuan. Dari situ, timbulnya semangat dalam diri saya yang kian membara untuk mengejar cita-cita.
        Mungkin jarang sekali kita lihat juruterbang itu seorang perempuan. Tetapi itu tidak bermakna mustahil. Saya ingin merasakan kenikmatan terbang tinggi di langit yang terbentang luas. Saya juga ingin berbakti pada negara dengan cara ini.
        Ibu bapa saya sentiasa menyokong dalam apa jua bidang yang saya ceburi. Jadi, itu tidak menjadi penghalang buat saya malah mereka menjadi tulang belakang saya untuk terus mara menggapai kejayaan. Saya tidak mengharapkan penganugerahan dan penghormatan yang tinggi menjulang sebaliknya saya ingin membuktikan yang saya sama hebat seperti orang lain.
        Harapan saya semoga saya dapat membuktikan cita-cita dan impian saya ini kepada semua masyarakat. Saya juga berharap juruterbang yang keluar dari pintu depan kapal terbang itu ialah saya. Saya bukan ingin membangga diri tetapi saya yakin bahawa apa yang saya katakan pada hari ini tidak mustahil akan terjadi suatu hari nanti.
 

1 comment:

  1. nak jadi pilot ke??

    try tengok ni..khas untuk pelajar sekolah yang ingin jadi pilot..

    program simulator!!

    blog: http://infotechquestsdnbhd.blogspot.com/

    ReplyDelete