USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Thursday, 28 April 2011

HANTU DUA JALAN

  Matahari menusuk dalam ke mataku.Tengahari ini begitu hangat.Ku memandang ke atas dan peluhku menitis jatuh hingga membasahi bajuku.Bilalah ibuku mahu sampai?Aku akan semakin hitam jikalau berterusan begini.Jam ditangan sudah menunjukan jam 2.40 tengahari.Lapar pula.

             Ku terus menanti dan menanti.Akhirnya orang yang kunanti sampai.Aku begegas ke kereta dan membuka pintu lalu aku masuk ke dalam.Dengan perasaan yang membara, aku bertanya mengapa lewat sampai untuk menjemputku.Penghawa dingin pun tidak mampu untuk menyejukan hatiku yang terbakar seperti hutan belukar yang terbakar akibat pemanasan global di Amarika sana.Ibuku menjawap selamba hingga aku tidak mampu berkata-kata.Semestinya, bekas juara debat peringkat Antarabangsa amat sukar ditewaskan.Aku hanya mampu berdiam dan bersabar manahan marahku yang tidak reda lagi.

             Dalam perjalanan kali ini, aku agak pelik kenapa ibuku tidak lalu di tempat yang sama seperti sebelum ini.Kali ini, dia melalui jalan yang agak panjang dengan alasan antara dua jalan, jalan ini adalah yang tidak sibuk seperti jalan biasa.Aku terus berdiam dan melihat permandangan dingin di luar sana.Semestinya indah.Kan elok jika permandangan ini terus dikekalkan sehingga kini.Ekonomi negara pun tidak akan mundur dan terjejas.Tanpa terduga, hari yang cerah bertukar gelap.Kenapa begini?Ia menakutkan ku.Aku bertanya kepada ibuku, namun dia berdiam diri.Aku berasa pelik dan sangsi bercampur risau.

             Aku terus bertanya namun, tak dijawap.Kenapa?Aku mulai takut.Tanpa diduga keretaku rosak.Aku terkedu dan aku memandang ibuku.Aku melihat matanya merah saga.Dan ayu wajahnya bertukar menjadi hodoh dan menakutkan.Wajahnya seakanku kini bertukar seperti hantu.Aku cuba menjerit, namun tak terdengar.Ibuku terus mendekatiku.Aku cuba meloloskan diri dari kereta.Namun, aku dikejar hingga sesak nafasku.Kakiku tersangkar akar pokok.Aku terjatuh lalu terbaring.Aku terus diterkam.

            "Aaahh, tidak!"Aku menjerit.

            "Wei, asal kau menjerit?"Soal ibuku.Aku termanggu dan menelan air liur.

             "Jangan bunuh aku!Aku taknak mati dulu.Tolong".
             "Paaappp".Setangan penampar terkenaku.
             "Aduh!Sakitnya"Aku terkejut.
            
             "Sudah sedar?Nak setangan lagi?"Soal ibuku marah.

             "Amar mimpi mama jadi hantu.Muka macam hantu dua jalan", Jawapku.

             "Nak lagi?"Ibuku menunjuk tanganya menandakan penampar.Aku berdiam diri.

             Sememangnya mimpi itu seakan-akan sesuatu yang benar.Namun aku bersyukur, kerana itu hanyalah mimpi.Jikalau itu pekara yang benar, aku mungkin tidak akan berjumpa lagi dengan ibuku.Aku bersyukur teramat sangat.Minta-minta tidak akan berulang.

No comments:

Post a Comment