USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Thursday, 28 April 2011

DEMAM DENGGI

Semasa aku dan kawan-kawan berbasikalpulang dari sekolah, tiba-tiba aku terlihat seorang lelaki tua dilanggar oleh sebuah kereta. Aku pun terus turun dari basikal untuk membantu orang tua itu. Pemandu itu melarikan diri.  
 
Aku dan kawan-kawan mengangkat orang tua itu dan meletakkannya di bawah sepohon pokok yang rending. Aku memeriksa    badan orang tua itu. Aku dapati orang tua itu mengalami kecederaan pada bahagian kaki, tangan dan kepala.  
 
Aku membasuh luka orang tua itu supaya tidak dijangkiti kuman. Aku mengguna air mineral kawanku untuk membasuh luka, kawanku membalut dahi orang tua itu dengan menggunakan sapu tangannya.  
 
Selepas itu, seorang kawanku meminta nombor telefon anaknya. Namu begitu, orang tua itu tidak ingat akan nombor telefon anaknya. Tetapi, dia menghulurkan secebis kertas lalu kawanku mengambil kertas itu. Di kertas itu, terdapat nombor telefon anaknya.  
 
Tanpa membuang masa, kawanku menelefon anaknya dengan menggunakan telefon awam. Aku pun menahan sebuah kereta yang lalu di jalan itu. Aku meminta bantuan pemandu itu untuk menghantar orang tua itu ke hospital berdekatam. Tanpa berfikir pangjang pemandu it uterus bersetuju. Aku dan kawan-kawan mengangkat lalu memasukkan orang tua itu ke dalam kereta.  
 
Apabila sampai di hospital, orang tua it uterus di masukkan ke bilik rawatan kecemasan. Tidak kemudian keluarga orang tua itu pun sampai. Selepas itu aku meminta izin untuk pulang. Sebelum pulang keluar orang tua itu mengucapkan terima kasih. Kami pun pulang dengan senang hati kerana dapat membantu orang tua itu.
 

No comments:

Post a Comment