USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Sunday 25 September 2011

PERDANA MENTERI MALAYSIA yang KEENAM

         Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak dan Tun Rahah Mohamad Noah. Ayahnya merupakan Perdana Menteri yang kedua.

        Datuk Seri Mohd. Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institut St.John, Kuala Lumpur. Kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalan bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974

        Beliau mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussien di London pada 14 Januari 1967. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan. Ketika itu beliau berusia 23 tahun dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.

      Beliau pernah memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan. Antaranya, Timbalan Perdana Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, Timbalan Menteri Pelajaran, Timbalan Menteri Kewangan, Menteri Besar Pahang, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran dan Menteri Pertahanan. Pada tahun 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

      Beliau mempunyai enam orang cahaya mata. Hasil perkahwinannya dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, beliau memperoleh tiga orang anak. Manakala perkahwinan keduanya dengan Datin Seri Rosmah Mansor, beliau memperoleh tiga orang anak.

      Datuk Seri Mohd. Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009. Beliau menggantikan tempat Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Beliau seorang pemimpin yang mempunyai banyak pengalaman sebelum menduduki jawatan Perdana Menteri.

Pada pendapat saya, Perdana Menteri mempunyai peranan penting terhadap negara. Apabila negara kita tiada seorang pemimpin, negara kita mesti akan berpecah-belah.Karangan ini diambil daripada buku karangan " Gred A Penulisan".

No comments:

Post a Comment