USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Sunday 25 September 2011

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Peribahasa ini sering digunakan oleh semua peringkat masyarakat. peribahasa "di mana ada kemahuan di situ ada jalan" sering digunakan oleh manusia untuk mencapai atau memperoleh kejayan. contohnya , sekiranya kita ingin berjaya, kita hendaklah berusaha dengan gigih dan tekun belajar.

karangan:



              
                 Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan peribahasa ini bermaksud, jika kita mahu melakukan sesuatu, walau bagaimana sukar sekalipun pekerjaan tersebut, kita tetap berusaha untuk melaksanakannya. Jadikanlah kepayahan sebagai motivasi untuk mencapai kejayaan.

                 Peribahasa ini sinonim dengan peribahasa hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Contohnya, jika seseorang itu mahu akan sesuatu maka dia perlulah berusaha sedaya upaya. Kesimpulannya, kejayaan bakal dikecapi di penghujungnya.

                  Begitu juga halnya jika seseorang murid itu gagal dalam peperiksaan. Dia mesti berusaha dengan lebih gigih dan lebih tabah lagi. Kegigihan dan ketabahan berusaha akan menjanjikan kejayaan buat dirinya.

                   Sebaiknya-baiknya, kepayahan dan kegagalan masa lalu boleh dijadikan penggerak untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, kita tidak seharusnya cepat berputus asa. Usaha yang ikhtiar dan maksimum mampu menukar khayalan menjadi realiti.
   
                   Sehubungan dengan itu, jika seseorang itu bertekad mahu menebus kegagalannya,dia akan melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar. Jika kita tidak bersemangat maka berbagai-bagai alasan akan diberikan. Untuk berjaya, alasan perlu dijauhkan.

                    Kesimpulannya, peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan mampu mengingatkan kita bahawa sesuatu pekerjaan yg sukar akan berhasil jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Tanam dan sematkan elok-elok slogan usaha pasti jaya dalam hati dan jiwa kita.

1 comment: