A.Samad Said atau nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad Said merupakan Sasterawan Negara.Nama beliau sebaris dengan Sasterawan Negara yang lain,iaitu Keris Mat,Usman Awang,Nordin Hassan,Dr. Muhamad Haji Salleh ,Abdul Hussain,dan S.Othman Kelantan.Beliau dilahirkan pada 1935.
Anak kelahiran Kampung Belimbing Dalam,Mereka ini menerima pendidikan awal di Singapura ketika mengikuti bapanya yang bekerja sebagai Inspektor Trem.Beliau juga menerima pendidikan sekolah Melayu,kemudian ke sekolah I nggeris Monks Hils sehingga lulus darjah 5.A. Samad belajar kelas petang di Victoria Institute dan lulus Senior Cambridge pada tahun 1956.
Sejak di bangku sekolah lagi,beliau minat membaca novel,terutamanya karya Enid Blyton.Beliau tertarik dengan kisah-kisah yang diungkapkan.Keika itulah beliau berangan-angan untuk menjadi seorang penulis terkenal.
Beliau pernah bertugas di Akhbar Politik,Utusan Melayu,dan Berita Harian.Ketika diUtusan Melayu,keinginannya menulis mual tercetus setelah bergaul dengan rakan-rakan penulis daripada Angkatan Sasterawan 50.Cerpen pertamanya berjudul Hari Ini Hari Gembira.
Dengan tersiarnya cerpen tersebut,beliau terdorong untuk menghasilakan karya yang bertema lebih berat.Pada tahun 1961,menerusi Perpaduan Mengarang Novel anjuran DBP,novelnya Salina(bertajuk asal Gerhana)telah memenangi hadiah sagu hati.Novel itu mendapat perhatian orang ramai dan telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris.
Sepanjang berkarya ,beliau mendapat pengiktirafan daripada kerajaan seperti Hadiah Pejuang Sastera (1975),Hadiah Penulis Tenggara,Anugerah Sasterawan Negara (1985),dan Anugerah ASEAN(1993),dan pelbagai hadiah kesusasteraan seperti Hadiah Sastera Malaysia.
Hasil buah penanya kini menjadi bahan baccan dan kajian oleh peminat sastera.Sebagai sasterawan ,beliau tidak jemu berkarya demi minat yang mendalam dalam bidang tersebut.Masyarakat terus menanti kemunculan karya terbaharunya.
No comments:
Post a Comment