USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Friday 8 July 2011

pengalaman pulang ke kampung

  Pada cuti sekolah yang lalu,kami sekeluarga pulang ke kampung.Kampung datuk saya terletak di Kuala Krau, Pahang.Datuk saya tinggal bersama-sama dengan nenek di kampung.

                Perjalanan ke kampung saya mangambil masa kira-kira dua jam.Sewaktu dalam perjalanan,saya melihat pemandanagan yang cukup indah.Saya berasa tidak sabar untuk berjumpa dengan datuk dan nenek.

                Apabila tiba di sana,kami disambut oleh datuk dan nenek dengan senyuman.Kemudian,kami turut bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan dengan datuk dan nenek.Datuk dan nenek menjemput kami masuk untuk menjamu selera dan berehat kerana keletihan sewaktu dalam perjalanan.

             Pada keesokan hari,kami semua pergi ke dusun buah-buahan yang dimiliki oleh datuk yang terletak tidak jauh dari rumahnya.Terdapat pelbagai jenis buah-buahan di sana seperti buah jambu,rambutan,durian dan duku langsat.Kami berpeluang untuk mengutip buah-buahan sambil merasai buah-buah tersebut.

             Pada waktu petang,kami diajak oleh datuk untuk memacing ikan di sungai yang berdekatan.Di sana,kami menangkap pelbagai jenis ikan seperti ikan tilapia dan ikan patin.Datuk menyuruh nenek memasak gulai tempoyak ikan patin dan ikan tilapia bakar sebagai hidangan makan malam kami.

             Pada hari ketiga,kami sekeluarga bersiap-siap untuk pulang ke rumah.Sebelum itu,nenek membekalkan kami sekeluarga dengan rendang ayam,sayur-sayuran kampung dan buah-buahan.Selepas bersalam-salaman,kami bertolak pulang ke rumah.Saya berasa sangat gembira dan berharap akan pulang ke kampung lagi pada masa akan datang. 

No comments:

Post a Comment