USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Friday 8 July 2011

laporan perkelahan persatuan bahasa malaysia

    Laporan Perkhelahan Persatuan Bahasa Malaysia            

    Pada 18 Jun yang lalu,Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya telah mengadakan perkhelahan di Pantai Batu Feringghi,Pulau Pinang.Pantai itu terletak kira-kira 50 kilometer dari sekolah saya.Kami pergi ke sana dengan menaiki bas persiaran yang disewa khas.Seramai 32 orang ahli persatuan dan 6 orang guru pengiring menyertai perkhelahan ini.                            

    Sebaik saja kami sampai di destinasi pada pukul 10.00 pagi,Cikgu Kim dan Cikgu vanesa mengarahkan semua ahli persatuan berkumpul untuk taklimat ringkas.Setiap ahli persatuan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan tugasan yang telah diberi.                

    Mula-mula,setiap kumpulan mendirikan khemah di kawasan yang telah ditetapkan.Khemah-khemah itu didirikan di tepi pantai.Setiap ahli kumpulan saling bekerjasama bagai aur dengan tebing supaya aktiviti iti berjalan dengan lancar.            

    Selepas itu,semua peserta dibenarkan mandi di laut.saya dan rakan-rakan pun memakai pakaian mandi.Kami terus berenang di dalam laut itu dengan perasaan yang sangat seronok.Keadaan laut yang bersih menambat hati kami untuk terus berenang.        

    Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari,Cikgu Tee dan cikgu Sally memanggil semua ahli persatuan berkumpul untuk mejqamu selera bersama-sama.Beberapa orang ahli persatuan turut membantu guru-guru menghidangkan makanan.Makanan tengah hari yang disediakan sungguh menyelerakan iaitu    nasi berlauk ikan,ayam berempah,udang goreng tepung,sayur kubis&lobak,serta sotong goreng.            

    Pada pukul 4.30 petang,semua peserta mengemaskan peralatan perkhelahan untuk pulang.Sebelum pulang,kami berkumpul untuk mengambil gambar.Kami berasa sungguh gembira dapat menjayakan program persatuan kali ini meskipun keletihan.    

Disediakan oleh,            
(MOHD SYAIFFULLAH BIN SUMERY)        
Setiausaha,    Persatuan Bahasa Malaysia,        
Sekolah Kebangsaan Selancar 2.            
 

1 comment: