08800 Pendang,
Negeri Kedah.
8 Ogos 2008
Menemui kembali sahabatku yang dirindui selalu,saudari
Norli yang berada di Perak.Semoga sejahtera selalu.
Saudari,
Saya meminta maaf kerana agak lama tidak mengirimkan berita.Sejak kebelakangan ini saya terlalu sibuk dengan urusan persekolahan.Saudari,semasa cuti sekolah yang lalu,
saya telah mendapat tawaran untuk menyambungkan pelajaran
saya ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang.
Semasa hari pertama persekolahan saya telah mendapat ramai kawan yang terdiri daripada kaum Cina dan Siam.Mereka
begitu peramah.Selepas berbual-bual dangan mereka,saya
menuju ke Dewan Al-Marbawi untuk menghadiri perhimpunan rasmi.Di sana,saya melihat ramai murid tingkatan satu.Ada
yang berbual-bual dengan rakan baru mereka dan ada yang sudah bersedia untuk perhimpunan.
Selepas perhimpunan,kami menggalas beg menuju ke kelas
masing-masing.Sepatutunya minggu ini adalah minggu suaikenal
pelajar tingkatan satu tetapi atas arahan Jabatan Pelajaran
kami dikehendaki belajar terlebih dahulu.
Di dalam kelas, saya duduk bersebelahan kawan lama saya,namanya Farah Yasmin.Kami kenal sejak darjah satu lagi.
Saya berlajar didalam kelas 1Agama.Kelas saya begitu sunyi kerana mempunyai bilangan murid yang sedikit terutama budak
lelaki kerana di dalam kelas saya hanya mempunyai seorang murid lelaki.Kelas saya berada berdekatan dengan Dewan Al-Marbawi tetapi jauh dripada pintu masuk sekolah. Kadangkala saya berasa penat kerana perlu berjalan jauh sebelum sampai ke kelas kerana kadang-kadang memakan masa
sehingga lima minit.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang mempunyai bangunan yang cantik dan besar bak kata pepatah 'Sekolahku Syurgaku'.Oleh sebab mempunyai bangunan yang tinggi-tinggi saya telah menjadi keliru sehingga saya tidak tahu dimana
tandas dan kadangkala terlupa jalan balik ke kelas kerana mempunyai banyak simpang.
Sampai setakat ini sahaja untuk kali ini.Sambutlah
salam mesra daripada saya dan keluarga khas buat saudari.
Ikhlas daripada sahabatmu,
MIA
No comments:
Post a Comment