USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Thursday, 28 April 2011

MURID YANG CEMERLANG DALAM PMR

Pada hari Khamis yang lalu, saya Aisyah .... selaku penolang ketua sidang Redaksi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak telah menemu ramah seorang pelajar yang berjaya mendapat keptusan cemerlang iaitu 9A dalam Peperiksaan Menengan Rendah 2010 yang lalu. Saya mendapat pelbagai informasi daripada beliau untuk dimuatkan dalam ruangan majalh sekolah 2011. Berikut ialah hasil temu ramah saya bersama beliau.  
 
Aisyah :Salam saudari, saya mendapat tahu saudari telah                                                 berjaya memperoleh keputusan 9A dalam PMR tahun lepas. Saya selaku wakil sekolah ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan yang telah saudari kecapi.  
 
Yasmin : Terima kasih atas penghargaan saudari.  
 
Aisyah : Untuk pengetahuan saudari, tujuan saya menemu ramah saudari adlah untuk mengorek rahsia kejayaan saudari bagi dimuatkan dalam majalh sekolah.  
 
Yasmin : Silakan.  
 
Aisyah : Apakah perasaan saudari apabila mengetahui keputusan saudari amat cemerlang?  
 
Yasmin : Sebenarnya, saya tidak sangka akan berjaya ke tahap ini kerana dalam ujian dan peperiksaan sebelum ini saya hanya mendapat 2A atau 3A sahaja. Mungkin ini hasil daripada usaha dan titik peluh saya sendiri serta berkat daripada orang sekeliling saya.  
 
Aisyah : Siapakah yang menjadi pendorong kepada saudari?  
 
Yasmin : Orang yang menjadi tulang belakang kejayaan saya ialah ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan. Mereka banyak memberi sokongan kepada saya seblem menghadapi PMR, Kegigihan saya belajar bukan sekadar untuk meraih kejayaan, malah memeng tanggungjawab sebagai seorang anak untuk membalas jasa ibu bapa serta tanggungjawab sebagai murid untuk meningkatkan peratusan sekolah.  
 
Aisyah :Bukankah saudari seorang pustakawan dan atlet sekolah? Bagaimanakah saudari membahagi masa saudari untuk mengulang kaji pelajaran?  
 
Yasmin :Pada awalnya, memang saya tidak dapat membahagi masa dengan baik. Namun begitu, semasa mengikuti kursus motivasi untuk calon PMR, mereka menyarankan para pelajar membuat jadual belajar. Setelah itu, saya mencuba membuat jadual belajar dan nampaknya membuahkan hasil. Masa belajar saya menjadi lebih sistematik dan teratur.  
 
Aisyah : Adakah saudari belajar sehingga lewat malam?  
 
Yasmin :Tidak, saya hanya belajar sampai 10.00 malam sahaja. Bagi saya, kecergasan turut penting untuk menimba ilmu sewaktu hari persekolahan.  
 
Aisyah :Apakah kaedah yang saudari gunakan untuk mendapat keputusan yang baik?  
 
Yasmin : Semasa di dalam kelas, saya akan memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar. Di samping itu, saya akan bertanya kepada guru matapelajaran apabila tidak memahami sesuatu pelajaran yang diajar. Pada waktu petang pula, saya dan rakan-rakan akan mengulang kaji bersam-sama dan berbincang mengenai pelajaran.  
 
Aisyah :Apakah pendapat saudari untuk berjaya?  
 
Yasmin :Pada pendapat saya, sesautu perancangan tidak akan datang tanpa sebarang usaha, seperti alang-alang berdakwat biarlah hitam.Oleh itu, kita seharusnya mempunyai disiplin diri untuk memburu kejayaan.  
 
Aisyah :Terima kasih atas kesudian saudari kerana berkongsi rahsia bersama saya pada hari ini. Sekali lahi saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan saudari.  
 
Yasmin :Sama-sama. 

No comments:

Post a Comment