USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Sunday 2 October 2011

Masalah Disiplin Pelajar Sekolah.

Pada pendapat saya,gejala buli dan gengsterisme yang kian menular perlu dicegah secepat mungkin .Hal ini demikian supayadunia selamat diduduki dan aman untuk membina keluarga yang harmoni.Karangan ini diambil oleh buku karangan Pelangi.
      
Gejala buli dan gengsterisme yang kian menular di sekolah-sekolah menimbulkan kebimbangan semua pihak.Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah disiplin semakin serius.Masalah ini jika tidak ditangani secara bijaksana akan menjadi barah dalam sistem pendidikan di negara ini.Masalah disiplin yang lain termasuklah ponteng sekolah,merokok,dan vandalisme.Pelanggaran disiplin dikatakan sering dilakukan oleh pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran.Pelajar yang bermasalah ini sering kali mempengaruhi rakan-rakan sebaya agar bertindak seperti mereka,seterusnya menjadikan pelanggaran disiplin ini dibuat secara berkumpulan.
                
Pelbagai langkah perlu dilakukandengan segera supaya imej sekolah tidak terjejas dengan sikap segelintir pelajar yang ingkar ini.Pihak sekolah perlu mengenakan tindakan yang tegas terhadap pelajar yang terbabit.Antara tindakan yang boleh diambil ialah memberi amaran,merotan,menggantung sekolah,dan akhir sekali,buang sekolah.Selain itu,kaunselor juga harus memainkan peranan sebagai penyelesai masalah dengan menggunakan pelbagai pendekatan kaunseling untuk memperbetulkan salah laku pelajar.Bagi sesetengah pelajar bermasalah ,hukuman keras boleh memburukkan keadaan dan menyebabkan pelajar memberontak.Dalam keadaan inilah,pendekatan secara kaunseling mungkin langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini.Pelajar perlu disedarkan bahawa pelanggaraan disiplin bukan sahaja menimbulkan kesulitan kepada pihak yang lain,malahan juga merugikan pelajar.
              
Selain itu,ibu bapa yang penyanyang dan mengambil berat terhadap masa depan anak-anak harus bertindak sewajarnya jika mendapati anak-anak mereka melanggar disiplin sekolah.Ibu bapa perlu sentiasa memantau tingkah laku anak-anak selain bekerjasama dengan pihak guru melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru dalam hal yang melibatkan anak mereka.Mereka boleh datang sendiri ke sekolah untuk membincangkan perkara yang melibatkan kebajikan anak mereka dengan guru-guru yang berkenaan.Masyarakat sekeliling juga harus memainkan peranan dengan melaporkan sebarang kegiatan ponteng dan pergaduhan di luar kawasan sekolah kepada pihak sekolah atau polis agar tindakan segera dapat diambil.Selain itu,media massa juga perlu memainkan peranan dengan menyiarkan berita atau iklan tentang kesan buruk melanggar peraturan dan disiplin sekolah.
             
Kesimpulannya,semua pihak harus berganding bahu untuk mengawasi masalah disiplin pelajar.Disiplin yang terkawal akan membentuk suasana pembelajaran yang kondusif selain memungkinkan pembelajaran berjalan lancar,seterusnya menjana kecemerlangan pelajar.
              
             

No comments:

Post a Comment