Peningkatan jumlah pengguna internet di negara kita memperlihatkan bahawa orang ramai sedar akan kepentingan ilmu. Para pelanggan internet sedar bahawa banyak faedah yang diperoleh menerusinya. Saya ialah salah seorang daripada pengguna internet.
Salah satu faedahnya ialah memperoleh maklumat dari dalam dan luar negara dengan cepat dan lengkap. Jika bergantung pada akhbar dan televisyen, kita terpaksa menunggu beberapa lama untuk mendapatkan maklumat, Bagi mereka yang ketagihan ilmu pengetahuan, cepat dan lengkap dianggap faktor penting untuk berjaya.
Dengan adanya internet, kita boleh mendapatkan sumber ilmu pengetahuan dengan mudah. Dengan mematuhi arahan tertentu, maklumat sudah tertera di skrin. Oleh itu, kita tidak perlu pergi ke perpustakaan atau membeli buku lagi.
Sebagaimana televisyen, internet juga boleh memberikan hiburan. Setelah penat menelaah pelajaran, kita boleh mendapatkan hiburan menerusi muzik atau filem. Fikiran yang lapang memudahkan kita mengulang kaji pelajaran.
Paparan maklumat internet bolehlah dianggap sebagai pengimbang antara akhbar dengan televisyen. Daripada sumber tersebut, kita dapat menilai yang mana satu maklumat yang betul dan tepat. Tanpa membuat perbandingan, tentu kita mudah terpengaruh tanpa berfikir panjang.
Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, jelaslah kepada kita tentang faedah yang diperoleh menerusi internet. Pada waktu yang sama, unsur-unsur negatif hendaklah dihindarkan sewaktu melayari internet. Sebaik-baiknya layari internet jika ada masa yang terluang.
Pada pendapat saya, internet seharusnya diagunakan dengan sebaik-baiknya. Janganlah sia-siakan internet dengan membuka laman yang tidak berfaedah. Karangan ini diambil daripada buku karangan " Gred A Penulisan".
No comments:
Post a Comment