USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Friday, 29 April 2011

TOKOH GURU SEKOLAH SAYA

            Tokoh guru sekolah saya ialah Cikgu Norazua bt Abdul Rahman.Beliau merupakan guru penasihat Kelab Komputer di sekolah saya.
             Cikgu Norazua dilahirkan pada 16 Ogos 1977 di Teluk Intan,Perak.Beliau merupakan anak pertama daripada 6 orang adik-beradik.
             Beliau merupakan graduan lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia.Cikgu Norazua memulakan kerjayanya sebagai guru pada tahun 1997.
                Beliau mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik di kelas saya.Beliau juga merupakan seorang yang tegas, tetapi pandai mengambil hati pelajar-palajarnya.
                Cikgu Norazua juga merupakan seorang guru yang kreatif dan inovatif.Beliau menjadikan mata pelajaran Matematik dan Sains seronok untuk dipelajari.Kini pencapaian saya semakin meningkat.
                 Beliau juga merupakan seorang guru yang aktif dalam sukan bola jaring.Sekolah saya sentiasa menjadi johan dalam sukan bola jaring hasil daripada usaha beliau.
                 Maka tidak hairanlah beliau di iktirafkan sebagai Tokoh Guru Sekolah saya.Semoga beliau dapat terus berkhidmat kepada sekolah ini.

No comments:

Post a Comment