USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Friday, 29 April 2011

KAWAN BAIK SAYA

 Setiap insan di dunia ini memerlukan kawan kerana kita tidak dapat hidup bersendirian. Saya tidak dapat membayangkan betapa sunyinya hidup saya tanpa kawan.
        Kawan yang paling rapat dengan saya ialah Seko. Umur kami sebaya. Kami berdua telah menjadi rakan sejak kami belajar di tadika. bukan itu sahaja, kami juga merupakan jiran. Rumah saya berdekatan dengan rumah Seko.
        Seko seorang gadis yang baik hagi dan suka membantu orang lain. Sikap Seko inilah paling saya kagumi. Kami berdua bukan sahaja mempunyai hobi yang sama, malahan rupa kami pun seiras. Selain itu, kami mempunyai berat badan dan ketinggian yang sama. Oleh sebab itu, ramai kawan dan guru menyangkakan kami ialah adik-beradik.
        Seko dan saya sangat gemar melukis. Pada masa lapang, kami berdua selalu bermain atau berjoging di taman permainan yang berhampiran dengan kawasan perumahan kami. Namun demikian, kami juga ada perbezaan. Seko lebih berminat terhadap mata pelajaran Bahasa Cina manakala saya lebih menggemari Matematik.
        Tahun ini,Seko duduk di sebelah saya. Apabila saya menghadapi masalah dalam pelajaran, dia akan mengajar saya dengan penuh kesabaran. Seko akan memastikan saya dapat menyelesaikan masalah tersebut.
        Saya berharap persahabatan kami akan kekal selama-lamanya, kerana saya berasa bangga dan bersyukur mempunyai teman sejati seperti Seko.        

No comments:

Post a Comment