USAHA JAYA BAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi sekolah berprestasi tinggi peringkat kebangsaan pada tahun 2013

Friday 29 April 2011

berita tentang kejadian banjir kilat yang melanda sebuah kawasan perumahan

KLANG,Selasa-Hujan lebat selamadua jam telah menyebabkan
banjir kilat di Taman Pandamaran,Klang.Paras air dilaporkan
mencecah 0.75 meter.

Setakat ini hanya kawasan berkenaan yang terlibat.Menurut
pihak bomba,banjir kilat dipercayai berlaku akibat sistem saliranair yang telah tersumbat.

Sungai dan longkang-longkang yang berhampiran tidak dapat
menampung air hujan yang lebat kerana tersumbat dengan pelbagai jenis sampah sarap.Akibatnya,menyekat pengaliran air.

Bantuan kemanusiaan daripada pelbagai pihak sama ada daripada agensi kerajaan dan swasta telah tiba untuk disalurkan kepada mangsa banjir juga telah dipindahkan ke sekolah kebangsaanPandamaran yang dijadikan sebagai pusat
pemindahan sementara.
Walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,namun Ketua Bomba Daerah Klang menasihati orang ramai,terutamanya kanak-kanak supaya berhati-hati pada musim hujan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Menurut jurucakap Jabatan Kaji Cuaca, keadaan hujan akan
berterusan sehingga pertengahan tahun ini.

2 comments: